Friday, December 26, 2014

Pantone colour 2015 Marsala! :)



MARSALA YANG VERSATILE.

Menyambut datang nya tahun 2015, pantone institute telah memilih warna Marsala sebagai warna trend untuk tahun 2015. Kenapa Marsala colour pilihan tahun 2015 ini? Apakah warna Marsala? Bagaimana nak mix and match kan dengan style hijab hijab masa kini. Jangan risau! ZAWARA akan bantu anda! :)

Nama marsala asalnya di ambil dari sejenis minuman anggur yang dikenali elegant dengan rasa yang memberi kehangatan kepada badan si peminum.Marsala adalah warna campuran merah wine dan coklat Tanah.warna yang cozy dan sophisticated. Sesuai untuk pencinta warna warna tanah, Senang di matchkan dengan banyak warna lebih lebih lagi warna hijau olive ataupun gold.Menurut pantone, Warna Marsala melambangkan kesederhanaan dan juga simbol warna alam.

''warna marsala sungguh universal dan mudah di terjemahkan dalam fashion pakaian, hiasan dalaman , kecantikan, reka bentuk perindustrian serta hiasan rumah''ujar Leatrice Eiseman, Director excutive Pantone institute.


Sedikit tips pemilihan warna warna yang sesuai di padankan dengan warna marsala untuk ZAWARA Lovers di luar sana! :) Kebanyakan zawara mengeluarkan product menggunakan pantone colour. Jom mix and matchkan product zawara, Contohnya tudung safa olive ini, padankan dengan sweatshirt berwarna marsala dan seluar jeans hitam. tambahkan sedikit accessories berwana nude atau pun pink lembut untuk menambahkan lagi colour pada OOTD anda! :)





"The woman is the most perfect doll that i have dressed with delight and admiration."
— Karl Lagerfeld



Semoga penghujung tahun 2014 ini memberi seribu makna kepada semua ZAWARA Lovers di luar sana! Stay humble stay pretty! Thank you so much for reading! Stay tuned ZAWARA lovers. xx 








Wednesday, December 24, 2014

Alicia Diamond Dress




Alicia dress kini kembali dengan version yang baru. Penambahan dari segi perinciaan batuan diamond pada alicia dress ini pastinya akan menambahkan seri keangunan dress alicia. Pakaian yang semestinya selesa dari segi material dan potongan ''princess cut'' ini sesuai untuk semua peringkat umur.Diperbuat daripada material korean crepe yang bermutu tinggi pastinya amat bersesuaian dengan cuaca khatulistiwa malaysia yang panas, material Korean crepe mudah menyerap peluh dan tidak panas.Selain daripada itu, Fungsi zip di hadapan (breastfeeding) memudahkan para ibu untuk menyusukan anak. Zip di pergelangan tangan pula memudahkan anda untuk mengambil wudu'.Direka khas untuk semua Zawara Lovers di luar sana. Terdapat dalam 3warna yang sangat sangat menarik iaitu Cherry slush,powder blue &jet black.
Jom Mix and Matchkan alicia diamond!


Zawara Alicia Diamond rockinnnnn Penang street Arts.


Now available at all outlet & www.zawara.com