Friday, December 18, 2015

Keanggunan MYESHA



Assalamualaikum semua

Seronoknya hari ini...Dengar-dengar angin sepoi-sepoi bahasa berbisik kat Admin untuk bagitau uollss kat entry kali ini yang MYESHA DRESS nak release dah SABTU, 19Disember ni.

Seronok kemain..rasa macam nak berjoget lambak seharian tengok stok MYESHA ni sikit demi sedikit keluar daripada warehouse untuk terus ke 19outlet ZAWARA..

Yahoooo ...



Yang lebih mengujakan MUSE OF THE MONTH kali ini semestinya selebriti yang ayu, cantik jelita SITI SALEHA.. First time tengok SITI SALEHA berdepan ni tergamam sekejap tau.. Bukan apa pun,

Cuma

CANTIK SANGAT !!!!!

Dah la cantik lepas tu sempoi habis. Tak kering gusi sembang dengan beliau. Ada masa tu siap menari-nari lagi untuk dapatkan pose yang terbaik untuk koleksi ZAWARA.

Berbalik semula dengan koleksi terbaru minggu ini..ZAWARA nak release lagi koleksi yang sebelum ini menjadi idaman hati semua. Seakan-akan sama seperti ELORA DRESS koleksi IMBAS by ZAWARA. 



Tapi kali ini koleksi MYESHA DRESS lebih advance dengan menampilkan warna-warna yang lebih lembut sejuk mata memandang. Nak lagi best bila ada tambahan custom made lace dengan perincian manik yang sangat eksklusif.. Hehehehe



Kombinasi warna yang sangat menarik antara KOREAN CREPE & LACE BEADED juga turut menyerikan lagi koleksi MYESHA DRESS kali ini.




Antara warna yang available adalah seperti : BABY PINK, BLACK, GREY & ELECTRIC BLUE. Saiz yang available bermula XS-XXL standard dan tall. Berharga RM129 daripada harga asal RM149.




Maklumat lanjut uollss boleh layari Website ZAWARA : www.ZAWARA.com & 19 outlet ZAWARA seluruh Malaysia. Follow ZAWARA di Instagram atau Facebook juga tau !

Bukan senang ZAWARA nak bagi harga sale untuk koleski terbaru ni. Lagi satu admin nak uollss ingat yang koleksi ZAWARA yang HABIS TIDAK AKAN DIRESTOCK ok !.. Admin bukan nak marah..tapi nak ingat kan je..tak nak la nanti dah melepas warna dengan saiz uollss menangis tersedu-sedu..tapi masa tu pun Admin tak dapat nak tolong.

So semua ZAWARAdarlings... Jangan lupa grab tau uollss.. Admin nak tengok uollss semua gorgeous hujung tahun ni. 

Bye kesayangan Admin semua... 










Thursday, December 17, 2015

ZAWARA TOP 5 !

Hai jelitawan !!

Alahai...Menangis tersedu-sedu bila Admin dapat tahu berita ni 
😭😭😭
Terima kasih yang tidak terhingga buat sekalian ‪#‎ZAWARAdarlings‬kesayangan Admin semua

Tak tahan sangat..Rasa hiba je hati ni  hiba je rasa hati ni..terharu sangat ! 


Carian Carta Trending bagi tahun 2015 kali ni adalah hadiah 
paling bermakna daripada #ZAWARAdarlings


Tanpa uollsss siapalah kami 
😭😭
Teruskan menyokong ZAWARA tau kesayangan Admin 
😊
#ZAWARAdarlings THE BEST !!! 


👍😘
CLICK HERE 

http://www.astroawani.com/gaya-hidup/google-malaysia-carian-paling-trending-bagi-tahun-2015-85285


👉
👈

Pesona RUFEENA

Holaaa ladiess

Hari ni Admin seronok bukan main sebab dah ZAWARA  release koleksi terbaru..
YEAYYYY 

Kali ini untuk koleksi terbaru RUFEENA  DRESS ZAWARA menampilkan pelakon/model cantik jelita SITI SALEHA ! 




Memiliki wajah yang menawan menjadi pakej untuk beliau melunaskan bakat dalam dunia peragaan dalam usia yang muda. Tak siapa sangka di sebalik wajah yang ayu tu, Siti Saleha seorang yang gila-gila jugak tau. Siap boleh menari-nari lagi masa tengah photoshoot. Masing-masing semua seronok dan tak rasa pun masa berlalu dengan pantas..Tau tau je dah malam

Berbalik kepada koleksi RUFEENA pulak ok. Menggunakan material KOREAN CREPE yang berkualiti tinggi dan disertakan sekali dengan perincian fabric tweed di tangan pasti akan memberi kombinasi yang sangat versatil. Manakala potongan dress ala-ala princess pasti memberi keselesaan saat melangkah kaki keluar untuk ke destinasi.




RUFEENA DRESS hadir dengan 4 warna yang menarik iaitu :
JET BLACK, DUSTY PINK, ROYAL BLUE & MAROON. Saiz yang available bermula dari XS-XXL dan memiliki labuh STANDARD & TALL. Semestinya koleksi ini WUDHU' & NURSING FRIENDLY.

Semua ZAWARALOVERS wajib ada tau koleksi ni sebab harga RUFEENA DRESS pun ada ZAWARA YES tau. Berharga RM129 sahaja daripada harga asal RM129. Mau meloncat-loncat kegirangan kan..sebab baru je release tapi dah dapat harga YES. Siapa tak nak kan!




Available SABTU, 12hb Disember di 19 outlet ZAWARA & ONLINE SHOP www.ZAWARA.com

Jangan lepaskan peluang ok ZAWARAdarlings ! Admin sungguh-sungguh nak ajak uollss semua dapatkan koleksi ZAWARA kali ni. Pakat ajak semua keluarga & kawan-kawan sekali serbu Butik ZAWARA ok darlings

MuahCiked.. 






Friday, December 4, 2015

ZAWARA MEGA STORE



Assalamualaikum and Hye.
Lama menyepi and tinggalkan blog, maklumlah Admin agak busy sejak akhir-akhir ni. huhu.

Hari ni dapat Admin curik-curik tulis entry blog sementara masa masih ada ni.  ZAWARA melangkah setapak lagi dengan terlaksananya pusat sehenti ZAWARA MEGA STORE yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam.

GRAND OPENING ZAWARA MEGA STORE SHAH ALAM


Kalau sebelum ini Admin selalu kongsikan kat korang semua Grand Opening Butik ZAWARA seluruh Malaysia yang lain. Tapi kali ini sangat istimewa kerana buat julung kalinya ZAWARA MEGASTORE adalah butik terbesar ZAWARA. Kemain la seronok ZAWARALOVERS sebab macam-macam koleksi akan available kat situ..hehehe


Pada pukul 9.00pagi lagi ZAWARALOVERS dah duk menunggu kat depan Butik..hehe Admin tau la sebab ada GOODIES BAGS untuk pembeli terawal kan. Memang takkan lepaskan peluang la. Siapa tak nak barang free kan. Kalau la boleh Admin sendiri pun nak beratur jugak..hehe






PELANCARAN ZAWARA GLAM

Lebih mengujakan apabila ZAWARA juga turut melancarkan ZAWARA GLAM. Ia terdiri daripada rangkaian alat solek yang berkonsepkan cepat dan pantas. Sesuai digunakan oleh para gadis yang sentiasa sibuk dan dalam masa yang sama ingin tampil cantik

Pelancaran Produk Terbaru ZAWARA GLAM telah dilancarkan dengan sempurna oleh bigboss En.Kamarul Karim bersama ladyboss Pn.Dilla Karim. Selain itu, majlis pelancaran juga di gamatkan lagi dengan celoteh Pengacara Majlis selebriti popular Fahrin Ahmad bersama Model ZAWARA Ekim Zakaria.


Pelancaran ZAWARA GLAM disempurnakan oleh Bigboss En.Kamarul Ariff & Ladyboss Pn.Fadilla Karim. Sesi memecahkan ice box yang terisi 5 warna ZAWARA GLAM lipstick matte.




Sebanyak 5 warna untuk produk Matte Lipstick Cream dan tambahan Eyeliner untuk koleksi daripada ZAWARA GLAM.


Antara 5 warna Matte Lipstick Cream yang diperkenalkan kali ini termasuklah Butter Scoth, Verry Berry, Pink Sorbet, Cotton Candy dan Red Cherry. Semua warna tu memang SUPERB!

Koleksi MATTE LIPSTICK CREAM boleh didapati di Butik ZAWARA dan Online Shop www.ZAWARA.com dengan harga RM39 sahaja. 

Tapi..

Tapi..

Admin ada kejutan untuk uolllsss. Harga PROMO untuk MATTE LIPSTICK RM100 untuk 3 pembelian. Yahoooo kemain seronok la kan..Boleh la grab sakan kat online shop dan Butik ZAWARA nanti. Pakat sekali dengan adik beradik & kawan-kawan untuk beli sekali 3..hehe


PELANCARAN PESTA KASUT ZAWARA


Salah satu aktiviti yang utama pada hari tu adalah Pelancaran Pesta Kasut ZAWARA.. Yeayyyyy bukan main lagi ZAWARA DREAM TEAM masukkan lambakan kasut kat sana. 


Haaa isi jangan tak isi. Ada hadiah best menanti ni..hihi



Haa nak tau lagi best ZAWARA siap mengadakan peraduan KIRA & MENANG KASUT GERGASI. Nak tau tak hadiahnya apa? RM500. PERGHHHHH nilai wang tunai tu memang meragut hati Admin sungguh!

Syarat utama untuk layak masuk peraduan tersebut haruslah uollss kena beli kasut. Pastu just tuliskan details pastu jumlah tekaan kasut tu. Senangkan..tapi makkk aiiii nak kira tu agak jenuh la jugak

Admin memang tabik spring lah kat korang yang gigih mengira satu-satu kasut tu. Korang terbaikkk 

PELANCARAN ANZEL HAIR


Eh jappp..uollss pernah dengar tak produk terbaru daripada ANZALNA NASIR tu... Haa kalau korang nak tau rahsia keanggunan dengan rambut yang  sihat, lembut dan cun melecun. Dengar cerita Anzalna dah guna marula oil ni selama dua tahun. All ladies mesti envy dengan rambut dia kan.



Produk ini sangat bagus untuk rambut bercabang, kering, berkilat, wangi dan yang paling best rambut akan nampak tebal berkepok-kepok gituu..hehe


Anzalna melancarkan produk ANZEL HAIR



Baik-baik ketuk ais tu..hehe

Lagi satu kalau korang nak tau, masa ZAWARA MEGASTORE tu pun menampilkan jelitawan ANZALNA NASIR untuk pelancaran produk ANZEL HAIR di ZAWARA. Dengan sempurnanya pelancaran tersebut kini produk ANZEL HAIR boleh didapati di ONLINE SHOP www.ZAWARA.com 

Yeayyyy seronok la uollsss kan sebab ANZEL HAIR boleh didapati dengan mudah. So peluang keemasan untuk semua ZAWARALOVERS untuk dapatkan ANZEL HAIR dengan harga promosi RM99 sahaja

PENAJA ZAWARA MEGASTORE SHAH ALAM


Selain itu, ZAWARA MEGASTORE dimeriahkan lagi dengan penaja daripada mereka sangat awesome. Punyalah ramai sponsor ZAWARA MEGASTORE kali ni. Admin terharu sungguh. Apa lagi mai lah kakak-kakak Admin nak menangis tengok goodies bag banyak-banyak ni. Tak mai Admin rembat semua goodies bag ni.




@coolhijabofficial
@jakel_shahalam
@helloadiva
@galeriakhatkaligrafi
@afyhaniff_official
@cosmoderm
@zawaracoffee
@jahanscoll
@aishawongaccessories
@gerobokpin
@loveramalaysia
@vonaish
@deep_heritage_beauty_hq
@kaiostudio
FB : Bavaria
@wafisofticecream
@onedropperfumesmy
FB : SKCC Lab
@dewanie
@detoxskinnytea_malaysia
@coffeeslimscrub
@alaisyahmy
@tatiskincare_hq
@hnc_aromatherapy_oil
@bybakawalicouture
@bellezzabysofia
@tasbihbysweetnoona
@adleenur
@nysabellecosmeticskl
@pinsvalley
@fabzdecor
FB : Sri Aini Canopy
@ct_pastry
@wondercheese88
@bakedbylezza
@126kitchen
FB : Lokching Qlate
@calaqisya
@jaazana.my
@amckgallery

Macam-macam aktiviti ada, yang penting FAHRIN AHMAD & ANZALNA NASIR ada!!! Lucky draw!! Makan-makan!! Yang penting lagi SALE KAW KAW!! Start 10 pagi samai tengah malam ni je!! Tudia sponsor-sponsor. Terima kasih semua!!

GELAGAT KAMI



Model Si Cilik pun ada laaaa..


Cuba jangan tak cuba ZAWARA GLAM tu..


Lambakan kasut masih berlangsung hingga pukul 12malam



Barisan orang-orang kuat ZAWARA DREAM TEAM

Matlamat kami dengan adanya ZAWARA Mega Store, pelanggan dapat bergaya dengan lengkap hanya dengan mengunjungi sebuah kedai sahaja. Terima kasih ZAWARALOVERS yang hadir. Admin love uollssss





Tuesday, November 10, 2015

BEHIND THE SCENE - SHORT VIDEO




Assalamualaikum guys !!!
Untuk pengetahuan ZAWARAlovers, ZAWARA akan mengeluarkan sesuatu yang sangat menarik dan best untuk korang semua. So kali ini, admin nak story lah sikit betapa awesome nya sesuatu tu hehe

Nak tau tak, hari tu merupakan hari paling best untuk team ZAWARA dan ZAWARA COFFEE . Hehe nak tau sebab apa tak??? Sebabnya team ZAWARA tengah bertungkus lumus untuk shooting short video untuk ZAWARA COFFEE, haishh tak sabar rasanya ADMIN nak tengok full short video yang pastinya menyayat hati ni.

Sebagai admin yang sedia kepochi ini, laju laju lah admin terjah. Ehhh, siapa yang handsome dan cun melecun sangat ni ?? Bergegar rasa tulang rusuk admin tengok ^__^



Meh admin introduce dekat korang siapa mereka ni, mereka adalah Zahir Ariffin dan Natrah. They are the hero and heroin of the short video. Sweet sangat kan diorang ni, mesti outcome superb !!! Lokasi photoshoot kali ini, di ZAWARA COFFEE, ye lah baru  boleh promote ZAWARA COFFEE kan. Bila dengar dekat ZAWARA COFFEE je, lagi semangat lah admin, sebab admin dan kawan-kawan memang mark ZC tempat wajib hang out kami ^__<


SEBELUM START PHOTOSHOOT, AMBIL MOOD , FEEL, DAN CHEMISTRY DULU :)
STORY TELLING TIME. TEAM DAN PELAKON BERBINCANG MENGENAI SCENE
Kalau admin asyik bercerita je, mesti bosan kan. So, admin share gambar-gambar yang cool dan awesome ni dengan korang lah. Kita kongsi sikit penat lelah ZAWARA team photoshoot dan hasilkan video yang gempak heee.


Haa, mesti korang dah excited teramat ni kan, siap ada guna motorbike lagi. Agak-agaknya short video ni tentang apa ya, any idea ?? Hehe. Admin pon tak sabar nak tengok full video ni. Macam kena jadi barista je zahir ni, tetapi mana pulak natrah kan, so kali ni admin kasi can korang cuci mata tengok natrah pulak heee, admin tahu admin memang baik ;)

DUDUK TERMENUNG APA LA TU AGAKNYA ..
EHH PAKAI CERMIN MATA PULAK ???

OK lah admin pon dah penat ni.  Tetapi admin tetap tak sabar tak sabar tak sabar !! Stay tuned uollsss  Eh jap jap siapa kat sini tak sabar jugak nak tengok? Angkat tangan . Sama-sama kita nantikan , byeee !!!



Tuesday, November 3, 2015

BEHIND THE SCENE - KIDS COLLECTION

                                          Assalamualaikum and morning dear ZAWARAlovers 

Tengah buat apa tu ? Admin dekat sini tengah tengok gambar-gambar budak-budak yang sangat comel ni. Mesti korang pelik kan, tiba-tiba admin macam terlebih hormon keibuan harini haha.

Admin nak share tentang something gorgeous coming soon. ZAWARA asyik update baju untuk orang dewasa je kan, anak-anak ke adik-adik kecik ke mesti rasa macam geram dan cemburu kan tengok. Disebabkan ZAWARA ni sangat memahami, jadi kami akan keluarkan kembali koleksi KIDS FOR ZAWARA, wehooooo. Jom cuci mata sikit tengok gelagat Si Comel ni photoshoot kat House of ZAWARA hari tu. Tengok badan je kecik tapiiiiii Admin tengok pandai tau dorang posing..hehe


AMANEE JUBAH ROYAL BLUE 


LILY ELVINA NAVY BLUE


AMANEE JUBAH BLACK

Haaa, siapa yang menjerit penuh excited tu ?? Rasa macam ibu-ibu yang lagi excited je ni. Hahaha, takpe-takpe, admin kan terlebih memahami orang nya, jadi admin faham yang ibu-ibu ni terpaling suka kalau dapat pakai sedondon dengan anak-anak kan. Kalau dapat sedondon sekali dengan ayahnya, mesti lagi happy kan haha.. Sabar okey uollss nanti next entri Admin updade full pictures untuk korang ok !





Monday, October 26, 2015

KOLEKSI TERBARU MINGGU NI - "AMANEE JUBAH"



                                                               Assalamualaikum semua

Entri hari ni best okey, sebab Admin nak bagitahu kat korang semua yang AMANEE JUBAH nak release esok ok !!!!!!!!!

Yeayyyyy penantian yang agak lama untuk peminat MIKAYLA JUBAH yang sebelum ni. Ramai yang bertanya pada Admin untuk restock balik MIKAYLA JUBAH ni. Tapi kali ini bukan MIKAYLA taui, tapi AMANEE JUBAH

Menggunakan material yang sama seperti yang sebelum ni iaitu KOREAN CREPE dan potongan loose jubah semestinya akan memberi keselesaan maksimum kepada Si Pemakai. Koleksi ini direka dengan menampilkan signature corak GATSBY yang eksklusif. Penggunaan teknik printed 'GOLD LEAF' yang berkualiti diterapkan dalam koleksi ini untuk memastikan produk ZAWARA adalah yang terbaik. 

Selain itu juga, AMANEE JUBAH ini WUDHU' dan NURSING FRIENDLY tau! Jadi para wanita di luar boleh mengayakan koleksi ini tanpa risau, lagi-lagi yang tengah ada baby tu..hihi. Koleksi kali ini available saiz XS sehingga 3XL 

Menampilkan 4 warna yang amat menarik - BLACK, BLUE, MAROON, DUSTY PURPLE. Agak-agak antara 4 warna tu mana 1 pilihan hati korang ye? Kalau Admin macam nak semua je..hihi nampak sangat Admin ni excited kan

Jom cuci mata sikit tengok koleksi warna AMANEE JUBAH ni. Bersinar-sinar mata Admin tengok detailing jubah ni. Fuhhhh memang jatuh hati pandangan pertama bila tengok koleksi ni.

Amanee Jubah - Maroon

Amanee Jubah - Blue

Amanee Jubah - Black

Amanee Jubah - Dusty Pink


Jom dapatkan koleksi terbaru AMANEE JUBAH yang akan release pada 27hb Oktober 2015 dengan harga RM149 SAHAJA di kesemua Butik ZAWARA yang sah seluruh Malaysia dan ONLINE SHOP www.ZAWARA.com.

Untuk maklumat lanjut boleh follow ZAWARA di Instagram/Facebook ZAWARA atau pun boleh telefon ke talian hotline ZAWARA di nombor 03-78870707

p/s - Ermmm Admin dengar-dengar ramai yang nak grab koleksi ni. So korang yang tak nak terlepas warna dengan saiz tu kena cepat-cepat grab ok! Sebab koleksi yang HABIS TIDAK AKAN DI RESTOCK!