Assalamualaikum kesayangan admin. Apa khabar?? Korang ingat tak post yang lepas admin ada cerita pasal LAST COLLECTION dari ZAWARA kan.. so korang mesti nak tau kan kenapa admin cakap LAST COLLECTION..hhhhhmmm sebabnya ZAWARA akan Z-XiT fashion industry dah, so lepasni kami akan come out dengan new ZAWARA!
Tapiiii apa eh
ZAWARA akan menukar tagline dari “FASHION & LIFESTYLE” kepada “THE BEAUTY EXPERT”. ZAWARA akan mengukuhkan kedudukan sebagai jenama kosmetik halal yang terbesar di Malaysia. Malah kami akan menjadi pusat sehenti untuk barangan kosmetik dan kesihatan untuk wanita di luar sana. Selain Matte Lip Cream yang menjadi kegemaran ZAWARA darlings, kami juga akan keluarkan koleksi lengkap, foundation, BB cream sehinggalah ke eye shadow, skin care sehinggalah ke shampoo dan bermacam lagi product yang akan kami tampilkan.
Keistimewaan semua produk kami adalah halal tanpa was-was dan kebanyakannya mengandungi Astaxanthin iaitu antioksidan yang sangat berkesan. Produk ZAWARA boleh didapati di ZAWARA Megastore Shah Alam dan secara online sahaja. Kami memilih konsep “Hub & Spoke” ni bagi setiap negara dimana ZAWARA akan beroperasi, iaitu satu pusat Kosmetik dan penjualan di atas talian.
Penghijrahan ini bukan bermaksud, industry fashion tidak memberangsangkan di Malaysia malahan industry fashion, terutama fashion muslimah tidak akan pernah pudar.
ZAWARA kini perlu fokus kepada satu perniagaan yang kini telah menjadi aktiviti teras syarikat.
Terima kasih tak terhingga kepada #zawaradarlings atas support dan sokongan anda selama ni. Admin and team berharap korang akan terus menyokong ZAWARA kerana kami mengeluarkan produk-produk kosmetik berkualiti tinggi dengan harga yang terbaik!
Bagi menghargai pelanggan Zawara yang amat setia mengikuti perkembangan fesyen ZAWARA, inilah peluang terakhir untuk mendapatkan koleksi fesyen Zawara. Kami akan mengadakan Clearance Sale yang dinamakan Z-XiT SALE! (ZAWARA Exit Fashion Industry sale)
Z-XiT sale berlangsung dari 22 Oktober sehingga stok licin tau, so korang yang sayangkan ZAWARA jangan lepaskan peluang untuk dapatkan koleksi terakhir dari kami. Teruskan mengikuti perkembangan ZAWARA dari masa ke semasa.
Next post admin akan share lagi cerita-cerita dari ZAWARA tau..tunggu ok 😘