ZAWARA® merupakan rangkaian fesyen muslimah
pertama di dunia yang berkonsepkan fesyen pantas. Konsep fesyen pantas ini
membolehkan ZAWARA memperkenal rekaan
baru setiap minggu bagi memberi peluang kepada pelanggan-pelanggannya
mendapatkan busana sopan, feminin dan trendi yang paling terkini. ZAWARA
menyediakan busana yang lengkap dari tudung, hijab ekspress pelbagai gaya,
jaket, blaus, dress, palazo sehingga ke skirt. Secara tradisinya butik
konvensional memperkenalkan 4 koleksi setiap tahun mengikut musim, ZAWARA
memperkenalkan 48 koleksi setahun dan akan meningkatkan koleksi kepada 96
koleksi setahun tidak lama lagi!
Uniknya di butik ZAWARA,
kami menitikberatkan kesempurnaan dalam setiap rekaan dan pakaian yang dibeli
oleh pelanggan. ZAWARA menyediakan
khidmat “alteration” di setiap butik bagi memudahkan keperluan pelanggan kami
dalam kerja-kerja pengubahsuaian dan pengolahan pakaian ZAWARA yang
telah dibeli.
Pakaian yang disediakan diolah mengikut trend semasa dan sentiasa
dikomersialkan bagi memenuhi cita rasa penggemar. Pilihan rekaan di ZAWARA adalah
lebih kepada moden kontemporari bagi memenuhi citarasa pelanggan. Kini semua
rekaan baru ZAWARA mempunyai zip atau butang di bahagian hadapan
pakaian bagi memudahkan si pemakai serta menjadikan ibu mudah menyusukan bayi.ZAWARA menyediakan
pelbagai koleksi fesyen yang sopan dan sesuai dengan budaya wanita timur tanpa
perlu berkompromi dengan gaya dan trend terkini.
ZAWARA turut
mengeluarkan koleksi pakaian santai, pejabat serta ke majlis rasmi pada kadar
harga yang amat berpatutan. Dalam memenuhi aspirasi rekaan, banyak aspek harus
diambil kira seperti fabrik bersesuaian dengan cuaca tempatan selain kualiti
menjadi keutamaan. Kebanyakan koleksi busana di ZAWARA mengunakan
kain yang berkualiti tinggi seperti sutera satin, sutera chiffon, Hem Korea,
kapas serta lycra yang memberikan keselesaan kepada si pemakai, meningkatkan
keyakinan diri dan menyerlahkan keanggunan wanita.
ZAWARA kini telah berjaya
membuka sebelas buah butik di Busana Menara MARA, Wangsa Melawati, Kota
Damansara, Shah Alam, Sungai Petani, Johor Bahru, Bandar Baru Bangi, Kota
Bharu, Kuantan, Ipoh dan baru-baru ini di Pulau Pinang.
sebarang pertanyaan kemukakan di talian 03-78870707
STYLISH * MODEST * ELEGANT
No comments:
Post a Comment