Warna
warni Memori Internship Di Zawara
Zawara?
Ada apa dengan zawara? Kenapa zawara?
Zawara
yang nama nya selalu kedengaran di corong corong radio.. tak sangka kami berlima dapat bekerjasama dan menjadi ahli zawara
walaupun selama 3 bulan sahaja.
ZAWARA merupakan jenama
pakaian muslimah NO 1 di Malaysia.
Tak sangka dan tak di duga 3
bulan yang singkat ni pun Banyak pengalaman dan pelajaran yang kami timba
semasa pratikal disini.
Awalnya,
agak sedikit akward kerana pekerja di bahagikan kepada beberapa department seperti account, creative,
marketing, processing dan research & design.. kalau nak tahu kami intern di
department research & design! Sesuai dengan course yang kami ambil! Di
Department ini lah kebanyakan team zawara di tempatkan untuk memikirkan idea idea baru/menjahit dan menghasilkan
produk –produk yang kini di jual di semua butik ZAWARA. Pada minggu pertama
praktikal. Kami sangat tak sabar untuk mendapat tunjuk ajar dari Cik Akma Ketua
department kami! J
Belum
sampai beberapa minggu praktikal di ZAWARA, Bos ZAWARA En kamarul & Puan
Dilla membawa kami bercuti ke janda Baik Pahang. Tujuan asal percutian ini di
buat adalah untuk merapatkan lagi hubungan di antara pelajar praktikal dan
staff staff tetap di ZAWARA.Dalam masa yang sama, Kami merasai amat dialu
alukan ke dalam Keluarga besar ZAWARA.. Best & happening sangat percutian
ini, Banyak aktiviti aktivti menarik yang kami jalankan bersama-sama.
Selepas
seminggu pulang dari percutian kami di Janda baik, Kami di bawa ke pembukaan
besar CAWANGAN ZAWARA Melaka. Ini pertama kalinya kami join event seperti ini.
Letih sangat! Tetapi pemgalaman ini tidak akan di dapati di mana mana. Penat
lelah kami bersama sama menjayakan pembukaan ZAWARA Melaka!
Bukan
itu saja! Kami join event Pembukaan ZAWARA Batu pahat, ZAWARA truck Sale ipoh
dan yang paling latest, Karnival ZAWARA Busana Menara Mara!Event ni dikatakan
yang paling besar sekali pernah di buat, So kiranya kami amat beruntung menjadi
sebahagian daripada sejarah carnival Hujan duit ini. Fuhhhh rm10,000 campak dalam
bangunan! Gempak kan aktiviti yang di buat oleh ZAWARA ni!!
.
Mesti mereka
yang membaca blog ini rasa ‘Bestnya intern kat ZAWARA! Asyik pergi jalan jalan
je kan!’ Haaa memang lah! Banyak sangat pengalaman yang kami timba, walaupun
bukan dari segi bidang kami, tapi kami ambil sebagai pengalaman baru buat kami
semua.
Sebenarnya,
banyak waktu terluang kami di habiskan di HQ ZAWARA yang terletak di Ara
damansara. Sebagai pelajar course Fashion, Banyak skill kami di asah dengan
membuat sample pakaian, research tengtang design dan bermacam macam lagi.
Kami sangat tak
sangka! Bukan hanya tentang pakaian atau design, En kamarul dan Puan Dilla
tidak lokek ilmu untuk share tentang Bagaimana untuk memulakan sesuatu
Perniagaan. Kami disediakan kelas insentif secara percuma. Pelajaran seperti
bagaiman untuk memulakan perniagaan,membuat projection, plan business ,
marketing cara menangani masaalah semasa menjalankan perniagaan.
Kata kata azimat
yang tak mungkin kami lupakan adalah, ‘Fast
action fast result’ Yang bermaksud jika perkara itu di buat dengan cepat
maka kita akan mendapat keputusan dengan cepat. Kata kata azimat dari Encik
Kamarul ini tak mungkin Kami lupakan.
Kami
juga berpeluang berjumpa dengan ramai artis artis terkenal semasa bertugas di
ZAWARA, Antaranta adalah Fahrin ahmad, izzue islam, wawa zainal dan aeril
zafril.Selain itu, Di ZAWARA kami berpeluang untuk belajar cara handle
customer! Mana tahu in future kami akan buka Butik sendiri J
hehehe.
InsyaAllah
Aminnnn!
Kami
dari student Internship UiTM Ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga
besar ZAWARA Diatas semua kenangan dan tunjuk ajar semasa kami di ZAWARA DREAM
TEAM.
Sampai
disini sahaja coretan cerita kami, Jom layan video exclusive yang kami buat
sepanjangan pengalaman menjadi intern di Zawara!
Terima
kasih ZAWARA! We Love you!
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete