Assalamualaikum
Haaaa Admin nak cerita sikit pasal event PNS ke HOUSE OF ZAWARA. Kemain meriah sungguh dengan kehadiran orang PNS dan tak lupa juga dengan kehadiran Pengarah Urusan YBhg Dato' Syed Kamarulzaman yang turut serta untuk ucapan perasmian dan penutup
Ehhh tapi sebelum terlupa ada juga beberapa rakan media lain yang join tau! Nama pun PNS-MEDIA Discovery ke ZAWARA Sdn Bhd ..hehe
Antara rakan media yang turut sama termasuklah daripada KOSMO, UTUSAN MALAYSIA, BERITA HARIAN, METRO, NTV7, RTM, SINAR HARIAN, BERNAMA, MEDIA PRIMA dan Utusan Media (Kolum Wanita dan Keluarga)
Haaa ramaikan ! Dianggarkan seramai 40 orang yang hadir tau. Sangat meriah. Pepagi lagi Admin jadi 'mak tiri' mintak tolong team yang lain buat preparation dan kemas HOUSE OF ZAWARA ni. Ada tetamu nak datang haruslah kemas rumah kan
Agenda utama selepas sesi makan tengahari adalah 'Sharing Session' oleh Pengarah Urusan ZAWARA, Captain Kamarul Karim
Masing masing tengah khusyuk dengan talk yang disampaikan oleh Captain Kamarul Karim. Best kan suara bigboss kami..hehe
Ucapan Perasmian dan Penutup oleh YBhg Dato' Syed Kamarulzaman
Sesi soal jawab bersama media oleh VIP kita
Captain Kamarul Karim sedang membawa tetamu menjelajah ke Operation Team ZAWARA
Creative team ZAWARA
Online & Warehouse Team !
Haaa nampak tak. Siap ada aktiviti lagi. Pertandingan "I'm fabulous ZAWARA-Hijabista"
Setiap kumpulan akan diberi masa sebanyak 10 minit untuk mencari baju/selendang/tudung daripada koleksi ZAWARA
Kalau uolls nak tau mereka ni tengah di make over kan oleh rakan-rakan mereka sendiri dengan menggunakan produk ZAWARA. Kita tengok agak-agak mana boleh menang ? Hehehe masa tu susahnyaaaa nak pilih
Yeayyyy Dah dapat pemenang! So kita kasi chance la bergambar ramai-ramai sebelum bersurai
Alhamdulillah perancangan yang dilakukan pada 15hb Feb berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada tetamu yang hadir. Segala kekurangan harap maaf dari kami TEAM ZAWARA !
No comments:
Post a Comment