Thursday, March 26, 2015

Memori Manis ZAWARA Intern Fashion/batch 1- 2015.

Warna warni Memori Internship Di Zawara


Zawara? Ada apa dengan zawara? Kenapa zawara?
Zawara yang nama nya selalu kedengaran di corong corong radio.. tak sangka kami berlima dapat bekerjasama dan menjadi ahli zawara walaupun selama 3 bulan sahaja.


ZAWARA merupakan jenama pakaian muslimah  NO 1 di Malaysia.
Tak sangka dan tak di duga 3 bulan yang singkat ni pun Banyak pengalaman dan pelajaran yang kami timba semasa pratikal disini.


Awalnya, agak sedikit akward kerana pekerja di bahagikan kepada  beberapa department seperti account, creative, marketing, processing dan research & design.. kalau nak tahu kami intern di department research & design! Sesuai dengan course yang kami ambil! Di Department ini lah kebanyakan team zawara di tempatkan untuk memikirkan  idea idea baru/menjahit dan menghasilkan produk –produk yang kini di jual di semua butik ZAWARA. Pada minggu pertama praktikal. Kami sangat tak sabar untuk mendapat tunjuk ajar dari Cik Akma Ketua department kami! J


Belum sampai beberapa minggu praktikal di ZAWARA, Bos ZAWARA En kamarul & Puan Dilla membawa kami bercuti ke janda Baik Pahang. Tujuan asal percutian ini di buat adalah untuk merapatkan lagi hubungan di antara pelajar praktikal dan staff staff tetap di ZAWARA.Dalam masa yang sama, Kami merasai amat dialu alukan ke dalam Keluarga besar ZAWARA.. Best & happening sangat percutian ini, Banyak aktiviti aktivti menarik yang kami jalankan bersama-sama.









Selepas seminggu pulang dari percutian kami di Janda baik, Kami di bawa ke pembukaan besar CAWANGAN ZAWARA Melaka. Ini pertama kalinya kami join event seperti ini. Letih sangat! Tetapi pemgalaman ini tidak akan di dapati di mana mana. Penat lelah kami bersama sama menjayakan pembukaan ZAWARA Melaka!

Bukan itu saja! Kami join event Pembukaan ZAWARA Batu pahat, ZAWARA truck Sale ipoh dan yang paling latest, Karnival ZAWARA Busana Menara Mara!Event ni dikatakan yang paling besar sekali pernah di buat, So kiranya kami amat beruntung menjadi sebahagian daripada sejarah carnival Hujan duit ini. Fuhhhh rm10,000 campak dalam bangunan! Gempak kan aktiviti yang di buat oleh ZAWARA ni!!







.




Mesti mereka yang membaca blog ini rasa ‘Bestnya intern kat ZAWARA! Asyik pergi jalan jalan je kan!’ Haaa memang lah! Banyak sangat pengalaman yang kami timba, walaupun bukan dari segi bidang kami, tapi kami ambil sebagai pengalaman baru buat kami semua.




Sebenarnya, banyak waktu terluang kami di habiskan di HQ ZAWARA yang terletak di Ara damansara. Sebagai pelajar course Fashion, Banyak skill kami di asah dengan membuat sample pakaian, research tengtang design dan bermacam macam lagi.
Kami sangat tak sangka! Bukan hanya tentang pakaian atau design, En kamarul dan Puan Dilla tidak lokek ilmu untuk share tentang Bagaimana untuk memulakan sesuatu Perniagaan. Kami disediakan kelas insentif secara percuma. Pelajaran seperti bagaiman untuk memulakan perniagaan,membuat projection, plan business , marketing cara menangani masaalah semasa menjalankan perniagaan.

Kata kata azimat yang tak mungkin kami lupakan adalah, ‘Fast action fast result’ Yang bermaksud jika perkara itu di buat dengan cepat maka kita akan mendapat keputusan dengan cepat. Kata kata azimat dari Encik Kamarul ini tak mungkin Kami lupakan.




Kami juga berpeluang berjumpa dengan ramai artis artis terkenal semasa bertugas di ZAWARA, Antaranta adalah Fahrin ahmad, izzue islam, wawa zainal dan aeril zafril.Selain itu, Di ZAWARA kami berpeluang untuk belajar cara handle customer! Mana tahu in future kami akan buka Butik sendiri J hehehe.
InsyaAllah Aminnnn!

Kami dari student Internship UiTM Ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga besar ZAWARA Diatas semua kenangan dan tunjuk ajar semasa kami di ZAWARA DREAM TEAM.
Sampai disini sahaja coretan cerita kami, Jom layan video exclusive yang kami buat sepanjangan pengalaman menjadi intern di Zawara!

Terima kasih ZAWARA! We Love you!





Monday, March 23, 2015

Jumpa Anda Di ZAWARA MANJUNG Sabtu Ini!!

Image
4 Hari Lagi !!!! Next opening butik ZAWARA! SABTU INI GILA-GILA SALE KAW-KAW bakal melanda di ZAWARA MANJUNG sempena pembukaan pada 28 MARCH 2015 ! Harga SALE KAW-KAW pasti pengsan hanya di pembukaan ZAWARA MANJUNG dari 11pagi sehingga 9 malam!!! SATU HARI JE TAU!
Tarikh : 28 march 2015
Lokasi: ZAWARA Manjung
NO.11, JALAN PPMP 3/1, PUSAT PERNIAGAAN MANJUNG POINT 3, 32040 MANJUNG PERAK. (BERSEBELAHAN HOSPITAL PANTAI PUTERI, SEBARIS 7ELEVEN) 

Banyak aktiviti menarik yang akan di jalankan, Antaranya ialah Sale KAW KAW, Quiz , Penampilan Artis istimewa dan banyak lagi!!

Jom ramai ramai meriahkan lagi pembukaan ZAWARA Manjung!!!
Image
Image