Friday, September 25, 2015

NEW ARRIVAL - BEHIND THE SCENE DOLLY DENIM

Assalammualaikum ZAWARALover,

Selamat petang semua.. dah.. dah.. jangan stress-stress buat kerja tu.. Jom release kan stress and cuci mata korang dengan new story yang admin nak kongsi petang ni.

Korang ada tengok instagram & facebook ZAWARA? kami ada upload tentang DOLLY DENIM yang bakal dilancarkan pada hari Sabtu ni. yeayyyy!!

Seperti biasa lah, admin ni memang suka sangat tengok sesi photoshoot untuk setiap keluaran terbaru dari ZAWARA. Gigih tak admin? hehe

Lokasi penggambaran dilakukan di studio ZAWARA, ZAWARA COFFEE & masjid berhampiran bukit Jelutong.

Jom admin kongsikan sedikit behind the scene bagi  koleksi DOLLY DENIM ni





FIRST TIME admin tengok DOLLY DENIM ni admin dah jatuh hati. sebab?

 sebab ianya diperbuat daripada fabrik denim yang sememangnya merupakan material yang lembut, serap peluh & berkualiti!

Admin memang suka sangat material denim ni,kerana senang kita nak iron dan basuh. Sesuai lah untuk korang semua yang mengejar masa nak pergi office ke, kenduri ke, jalan-jalan ke..

 Yelah, nak gosok pun senang. Pendek kata, tak complicated lah!

Lagi satuuuu.. material denim ni tak mudah kecut tau bila basuh! korang basuh  tangan ke, mesin basuh ke, hantar dobi ke, dry cleaning ke, memang tak akan kecut. BEST kan? lepas tu, bila pakai rasa sejuk je. haishh.. tak sabar pula admin nak tunggu DOLLY DENIM release sabtu ni. EXCITED!

sebenarnya ada lagi yang admin nak kongsikan tentang DOLLY DENIM ni. Tapi tak BEST lah kalau share sekarang kan!

So, STAY TUNED dengan admin. Teruskan follow up kami di ZAWARA melalui instagram & facebook kami ya!

BEHIND THE SCENE - DOLLY DENIM






Thursday, September 24, 2015

NEW ARRIVAL- DIAN DRESS

Assalammualaikum ZAWARALover,

Korang apa khabar? Mesti tgh SYOK bercuti raya lagi kan? UNTUNG lahh... ;3 Macam mana dengan raya haji korang? bergaya dengan koleksi-koleksi ZAWARA tak? jangan lupa tag zawara di instagram & facebook tau! share la sikit dengan admin. ;D

Hah! tak sabar nak tahu pasal DIAN DRESS lettew! ;P Okay, admin ni seorang yang memegang pada janji, So.. meh sini admin kongsikan sedikit tentang NEW ARRIVAL dari ZAWARA ni.

Untuk pengetahuan korang..
 Dian Dress ni FULLY SATIN.Terdiri dari tiga warna, iaitu warna kelabu (grey), Hitam (Black), dan coklat (Brown). 

Bila admin tengok Natrah pakai, memang nampak AWESOME sangat. Tampak shinning dan elegant gituu! Apa yang menampakkan Dian dress ni lain daripada koleksi dress zawara yang lain adalah
penambahan labuci di kedua-dua pergelangan tangan.

 Cuba tengok gambar yang admin kongsikan di bawah tu, Menarik kan?




Wudhu friendly dan nursing friendly. So, sangat sesuai dengan wanita muslimah dan ibu yang menyusu bayi.

 Sememangnya dress dari ZAWARA  sangat menitik beratkan dengan keperluan wanita-wanita muslimah yang bukan sahaja ingin tampil cantik dan bergaya je tau!

tapi kami juga memberikan kemudahan kepada mereka yang ingin menunaikan kewajipan dan tanggungjawab. ;)

Natrah sedang mengayakan Dian Dress berwarna coklat (BROWN)

Saiz? JANGAN RISAU. kami sediakan dari saiz XS hingga XXL ya!

 Ohya, Dian dress ini sesuai untuk anda yang tinggi lampai ye. bagi anda yang mempunyai ketinggian 165cm ke atas memang sesuai sangat lah!

So, apa tunggu lagi ZAWARALover? JOM SERANG butik ZAWARA berhampiran korang! atau layari www.zawara.com untuk pembelian online! SERANGGGGGG. 

COMING SOON.. admin akan ceritakan tentang koleksi ZAWARA yang seterusnya... STAY TUNED YA! ;D



SEDAPNYAAA spaghetti kat bawah tuu.. Korang dah lunch? JOM lunch di ZAWARA COFFEE dengan spaghetti Salmon & Fresh Shitake carbonars. nyum.. nyum.. happy luncheon everyone!



DIAN DRESS - BEHIND THE SCENE

Assalammualaikum!

Hi ZAWARALover,

Yeaayy! happy giler,serius tak sabar nak tunggu next collection zawara!

Hari ini admin nak buat announcement tentang koleksi TERBARU!!  koleksi apa?

OF COURSE lah koleksi dress yang SUPER DUPER cun dari ZAWARA, iaitu DIAN DRESS.

Haaaaaa korang tahu tak koleksi ini dah dilancarkan pada hari sabtu lepas, iaitu 19 September 2015 yang lalu.

Sebelum admin nak kongsikan  dengan lebih DETAIL tentang Dian dress ni, bagi lah admin cerita serba sedikit tentang pengalaman admin join team ZAWARA ber Photoshoot ni. hehe. 

Pada 16 September 2015 yang lalu, admin ikut turun padang untuk melihat sesi photoshoot bagi Dian dress bersama model kita yang HOT MELETOP iaitu Natrah.

kalau korang nak tahu hari admin dan #zawarastudioteam sedang sibuk ber photoshoot gitu, snap snap sana sini, haaa.. hari tuu hari merupakan hari Malaysia.

Rasanya masih tak terlewat lagi untuk admin ucapkan selamat hari malaysia!! ;D

 Gigih kan kitorang? cuti-cuti pun kerja! meh, admin kongsi sikit gambar-gambar behind the scene sebelum bermulanya sesi photoshoot.



Safa shawl yang dipakai oleh Natrah ini adalah warna LIGHT YELLOW.



EXCITED sangat admin tengok sesi photoshoot ni. Dimulakan dengan sesi photoshoot Safa shawl yang terdiri daripada 15 warna yang berbeza, sehingga lah ke  Dian dress! Fuhh.. admin salute lah pada Natrah. Beliau memang sangat professional. Dari pagi sehingga lah ke petang, maintain senyummmm je! 

Untuk sebelah petang pula,#zawarastudioteam telah melakukan sesi photoshoot bagi  Dian dress di Zawara Coffee Bukit Jelutong dan Masjid berhampiran Bukit Jelutong.




Kebetulan sangat sewaktu sesi photoshoot di Zawara coffee, admin dan #zawarastudioteam dapat melihat penggambaran 'Ti Amo Venezia''dari Azura Pictures Sdn Bhd. TERUJA betul admin bila tengok Sharifah Amani, Shuhkri Yahya dan Aqasha berada di Zawara Coffee! hehehehe.

OUR BIG BOSS, En Kamarul bersama Sharifah Amani, Aqasha dan Shukhri Yahya. 


Okay, cukup lah admin kongsikan tentang pengalaman admin ketika photoshoot bersama #zawarastudioteam.  Apa yang admin boleh katakan, admin memang sangat SYOK join #zawarastudioteam ber photoshoot. Ohya! mesti korang nak tahu kan tentang Dian dress ni??

TUNGGUUU... tunggu update yang seterusnya dari admin tentang Dian dress ni ya! Nah, admin bagi full image for Dian dress ni.