Monday, October 19, 2015

MAJLIS DOA SELAMAT ZAWARA

Assalamualaikum

Hai ZAWARAlovers !!!
Korang tengah buat apa, dah solat ke belum tu ? Heee. Kali ni admin nak story the mory sikit tentang Majlis Doa Selamat ZAWARA HQ.

15 Oktober baru-baru ini, boss besar admin announce untuk mengadakan majlis doa selamat dan makan-makan sikit sempena kitorang masuk office baru yang cantik cun melecun ni, HOUSE OF ZAWARA !!! Terus admin ucap alhamdulillah banyak-banyak kali, ye la nak bagi berkat kerja admin dengan team ZAWARA kat sini. Lagipon ada makan-makan sikit kan lepas tu , ehem ehem . Kan orang kata, rezeki jangan ditolak hahaha.


Tepat je pukul 7 petang, kitorang zassss beratur nak thumb print and zapp zapp bersiap untuk bersedia sembahyang maghrib. Solat maghrib admin dan team hari itu diimamkan oleh salah seorang staff ZAWARA dan juga our best boss ever Mr. Kamarul !!! Alhamdulillah, syahdu je admin dengar bacaan dia. Nasib admin tak terover syahdu je heee.



Seterusnya disambung pula dengan bacaan yasin , solat isyak, dan solat hajat, Masa solat hajat tu, memang admin hajatkan banyak-banyak biar lah kehidupan semua ZAWARA team diberkati dunia akhirat, ZAWARA makin maju dan korang-korang semua borong baju ZAWARA hahaha. Majlis macam ni jugak untuk merapatkan lagi relationship semua, antara department. Time kerja mana sempat nak terlebih beramah mesra, ni je lah masa yang terpaling sesuai kannn :)



Then kitorang pon makan-makan la, yang sangat sedap. Specially prepared by ZAWARA CENTRAL KITCHEN. Pro chef diorang semua, so faham-faham lah kesedapan dia macam mana kan haha. Lepas kenyang apa lagi, snap snap sikit, kenangan kan, then majlis pon bersurai. THANK YOU BOSS !!!! :D