Monday, September 14, 2015

#THROWBACK MOOD REPUBLIK KL RAYA FEST PWTC 2015


Assalamualaikum..

Hi ZAWARALover Semua, Since admin dah semakin sibuk, admin baru sempat nak up story pasal Mood Republik hari tu,

Mesti anda semua rindu dengan kami kan? hampir lima bulan admin tak update blog ni. RINDU sangat!!

First of all, admin nak minta maaf sangat sebab dah lama tak update story-story yang HOT  dari ZAWARA. Maklumlah, sejak ZAWARA semakin menjadi kegilaan orang ramai ni, kami di sini tak menang tangan nak uruskan tau. hehe.

Sebenarnya  banyak sangat perkara menarik tentang ZAWARA yang admin nak kongsikan dengan anda semua! Rasa macam nak cerita semua je!

Tapi.. 

Hari ini admin nak #Throwback sikit tentang event yang sering mendapat sambutan  hangat di Malaysia, iaitu MOOD REPUBLIK KL RAYA FEST 2015 yang diadakan di PWTC pada 11 Julai hingga 13 Julai yang lalu. 

Admin dan #ZAWARA TEAM sangat teruja dengan sambutan mood republik raya kl fest pada kali ini, kerana lebih setengah juta rakyat Malaysia berkunjung ke PWTC!! ratusan ribu pengunjung yang hadir dari pelbagai negeri termasuk pengunjung dari Singapura dan juga Brunei pon ada taw korang!!! Excited habis lah,,,,,heeee

Admin boleh katakan ini adalah fenomena tsunami raya yang sangat-sangat luar biasa!! walaupun festival ini diadakan pada bulan puasa, tetapi ia bukan lah halangan bagi mereka untuk  datang shopping raya.  Gigih kan diorang ini !!!! tabik Spring admin dengan semangat diorg nie!!! 

Korang nak tahu tak berapa booth yang ZAWARA buka masa MR tempoh hari?


Hurmmm, empat buah booth taw!!! Pendek kata nasib tak roboh booth #ZAWARATEAM sebab tak menang tangan untuk melayani pengunjung-pengunjung yang hadir. Walaupun masing-masing berpuasa, tetapi kami tetap  memberikan layanan yang TIPTOP untuk ZAWARALover! 

Oh ya!!! event ini berlangsung dari pukul 8 pagi hingga 5 pagi tau! apa yang membuatkan admin kagum, pengunjung tidak putus-putus datang sehingga pukul 5 pagi. ada yang sanggup tidur di dalam kereta dan di dalam ruang legar PWTC ye. Excited sangat!

Nah Admin kongsikan beberapa pic gelagat pengunjung yang hadir !!!!

Excited tak dorang nak cari baju sampai tak perasan admin tangkap gambar. hehe


Antara koleksi raya imbas by ZAWARA yang dijual  adalah jubah Yara, Rowena, Erica, Rihana, Matilda, Elora dan baju kurung moden Elvina.Hampir kesemua koleksi ini telah kehabisan stok pada hari pertama MOOD REPUBLIK dijalankan tau! mana tidaknya, Zawara tawarkan potongan sehingga 30%!! Fuhh.. memang laku habis!


Koleksi yang paling meletop dan terlaris dijual adalah baju kurung moden Elvina yang sangat HOT dan mendapat perhatian yang tinggi. . Ramai betul pengunjung yang datang serang booth zawara hanya  untuk beli baju kurung moden Elvina! Boleh dikatakan setiap masa dan waktu team Zawara akan pergi ambil stok baru Elvina yang laku macam pisang goreng panas!!

Memang BERHANTU betul koleksi baju kurung Elvina dari Zawara kali ini!

baju kurung moden Elvina yang dapat sambutan yang snagat MELETOP!


Admin memang boleh jangkakan baju kurung moden Elvina ini akan menjadi HOT SELLER, kerana ia bercirikan potongan moden dan bunga printed yang menjadikan si pemakai lebih feminin. lagi BEST apabila ia dilengkapi dengan ciri wajib iaitu hidden zip di hadapan dan lengan. PERFECT!


ISTIMEWANYA mood republik raya kl fest untuk team Zawara pada kali ini adalah,
Selebriti terkenal Zoey telah berkerjasama dengan Zawara untuk  menjual  jubah  dan baju melayu yang direka khas sendiri oleh beliau! 

Zoey sendiri telah turun padang menjual koleksi jubah dan baju melayu beliau di booth zawara. Dua koleksi jubah yang direka khas oleh Zoey adalah jubah irbah dan iffat  yang diberi sentuhan moden dari segi design dan juga pemilihan warna. Hebat juga abang Zoey kita ini design baju kan.

Alhamdulillah. koleksi jubah dari Zoey ini juga telah mendapat sambutan yang begitu hangat dari pengunjung yang hadir. 


sempat lagi tau pengunjung zawara tangkap gambar bersama  zoey. ;-p

Overall, selama tiga hari event ini berlangsung, kami team Zawara sangat berpuas hati dan gembira dengan feedback yang diberikan oleh customer. Tanpa mereka mungkin Zawara tidak akan berada di tahap sekarang. 

team ZAWARA pun nak juga bergambar dengan zoey! ;D

Admin juga nak ucapkan jutaan terima kasih kepada team Zawara terutamanya, kerana tanpa mereka juga tidak mungkin Zawara mampu untuk bertahan sehingga kini. Begitu juga dengan BIG BOSS kami, iaitu Cik dilla dan Encik Kamarul yang tidak putus asa memberikan tunjuk ajar dan dorongan kepada kami team ZAWARA! you guys have my FULL RESPECT!

Dan... of course kepada ZAWARALover yang sangat-sangat supportive dan setia bersama Zawara, admin nak ucapkan TERIMA KASIH. Please.. please.. please.. pleaseee Support Zawara okay! Kami team Zawara akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk anda semua.

Sebelum jari jemari admin ni berhenti menari, admin ada SATU PENGUMUMAN PENTING yang admin nak kongsikan kepada semua ZAWARALover! jeng.. jeng.. jeng...

Kepada semua ZAWARALover!
anda semua dijemput untuk mengegarkan sekali lagi MOOD REPUBLIK TOUR JOHOR RAYA HAJI FEST bertempat di Persada Convention Centre Johor Bahru bermula 18 hingga 19 September ini.!!

 Kami team Zawara ada buat diskaun GILA-GILA punya tau!!

Admin pasti anda semua mesti nak bergaya sakan untuk RAYA HAJI yang bakal tiba. Jadi, SAVE THE DATE ZAWARALover!!

SEE YOU THERE.

JOM layan gambar-gambar sewaktu MOOD REPUBLIK KL RAYA FEST PWTC 2015!






ANTARA TEAM ZAWARA YANG SUPER AWESOME DALAM MENJAYAKAN MOOD REPUBLIK KL RAYA FEST PWTC 2015