About Us

ZAWARA® merupakan rangkaian fesyen muslimah pertama di dunia yang berkonsepkan fesyen pantas. Konsep fesyen pantas ini membolehkan ZAWARA memperkenal rekaan baru setiap minggu bagi memberi peluang kepada pelanggan-pelanggannya mendapatkan busana sopan, feminin dan trendi yang paling terkini. ZAWARA menyediakan busana yang lengkap dari tudung, hijab ekspress pelbagai gaya, jaket, blaus, dress, palazo sehingga ke skirt. Secara tradisinya butik konvensional memperkenalkan 4 koleksi setiap tahun mengikut musim, ZAWARA memperkenalkan 48 koleksi setahun dan akan meningkatkan koleksi kepada 96 koleksi setahun tidak lama lagi!

Uniknya di butik ZAWARA, kami menitikberatkan kesempurnaan dalam setiap rekaan dan pakaian yang dibeli oleh pelanggan. ZAWARA menyediakan khidmat “alteration” di setiap butik bagi memudahkan keperluan pelanggan kami dalam kerja-kerja pengubahsuaian dan pengolahan pakaian ZAWARA yang telah dibeli. Pakaian yang disediakan diolah mengikut trend semasa dan sentiasa dikomersialkan bagi memenuhi cita rasa penggemar. Pilihan rekaan di ZAWARA adalah lebih kepada moden kontemporari bagi memenuhi citarasa pelanggan. Kini semua rekaan baru ZAWARA mempunyai zip atau butang di bahagian hadapan pakaian bagi memudahkan si pemakai serta menjadikan ibu mudah menyusukan bayi.ZAWARA menyediakan pelbagai koleksi fesyen yang sopan dan sesuai dengan budaya wanita timur tanpa perlu berkompromi dengan gaya dan trend terkini.

 ZAWARA turut mengeluarkan koleksi pakaian santai, pejabat serta ke majlis rasmi pada kadar harga yang amat berpatutan. Dalam memenuhi aspirasi rekaan, banyak aspek harus diambil kira seperti fabrik bersesuaian dengan cuaca tempatan selain kualiti menjadi keutamaan. Kebanyakan koleksi busana di ZAWARA mengunakan kain yang berkualiti tinggi seperti sutera satin, sutera chiffon, Hem Korea, kapas serta lycra yang memberikan keselesaan kepada si pemakai, meningkatkan keyakinan diri dan menyerlahkan keanggunan wanita.

ZAWARA kini telah berjaya membuka sebelas buah butik di Busana Menara MARA, Wangsa Melawati, Kota Damansara, Shah Alam, Sungai Petani, Johor Bahru, Bandar Baru Bangi, Kota Bharu, Kuantan, Ipoh dan baru-baru ini di Pulau Pinang.

sebarang pertanyaan kemukakan di talian 03-78870707

STYLISH * MODEST * ELEGANT








No comments:

Post a Comment