Saturday, February 20, 2016

PNS-MEDIA Discovery ke ZAWARA Sdn Bhd



Assalamualaikum

Haaaa Admin nak cerita sikit pasal event PNS ke HOUSE OF ZAWARA. Kemain meriah sungguh dengan kehadiran orang PNS dan tak lupa juga dengan kehadiran Pengarah Urusan YBhg Dato' Syed Kamarulzaman yang turut serta untuk ucapan perasmian dan penutup

Ehhh tapi sebelum terlupa ada juga beberapa rakan media lain yang join tau! Nama pun PNS-MEDIA Discovery ke ZAWARA Sdn Bhd ..hehe 

Antara rakan media yang turut sama termasuklah daripada KOSMO, UTUSAN MALAYSIA, BERITA HARIAN, METRO, NTV7, RTM, SINAR HARIAN, BERNAMA, MEDIA PRIMA dan Utusan Media (Kolum Wanita dan Keluarga)

Haaa ramaikan ! Dianggarkan seramai 40 orang yang hadir tau. Sangat meriah. Pepagi lagi Admin jadi 'mak tiri' mintak tolong team yang lain buat preparation dan kemas HOUSE OF ZAWARA ni. Ada tetamu nak datang haruslah kemas rumah kan



Agenda utama selepas sesi makan tengahari adalah 'Sharing Session' oleh Pengarah Urusan ZAWARA, Captain Kamarul Karim



Masing masing tengah khusyuk dengan talk yang disampaikan oleh Captain Kamarul Karim. Best kan suara bigboss kami..hehe


Ucapan Perasmian dan Penutup oleh YBhg Dato' Syed Kamarulzaman 


Sesi soal jawab bersama media oleh VIP kita 


Captain Kamarul Karim sedang membawa tetamu menjelajah ke Operation Team ZAWARA


Creative team ZAWARA


Online & Warehouse Team !


Haaa nampak tak. Siap ada aktiviti lagi. Pertandingan "I'm fabulous ZAWARA-Hijabista"
Setiap kumpulan akan diberi masa sebanyak 10 minit untuk mencari baju/selendang/tudung daripada koleksi ZAWARA


Kalau uolls nak tau mereka ni tengah di make over kan oleh rakan-rakan mereka sendiri dengan menggunakan produk ZAWARA. Kita tengok agak-agak mana boleh menang ? Hehehe masa tu susahnyaaaa nak pilih 


Yeayyyy Dah dapat pemenang! So kita kasi chance la bergambar ramai-ramai sebelum bersurai


Alhamdulillah perancangan yang dilakukan pada 15hb Feb berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada tetamu yang hadir. Segala kekurangan harap maaf dari kami TEAM ZAWARA !

Thanks 

No comments:

Post a Comment